Blogger Backgrounds

January 29, 2011

Korang rasa jadi penyabar tu cool ke?



-gambar tak da kene mengena-


Kenapa dalam hidup, kita perlu tahu untuk bersabar? Apa yang kita akan dapat kalau kita sabar sabar dan terus bersabar?

Saya salah seorang yang pernah suatu ketika dulu, mempersoalkan tentang perkara ini. Saya tahu dan saya mengaku, saya masih bertatih macam bayi yang kecil tentang agama.

Saya tahu siapa diri saya.

Dulu, bila sesuatu perkara buruk terjadi pada saya. Jiwa saya cepat memberontak. Rasa seakan tidak puas hati dengan dunia. Ada masa, waktu khilaf saya tiba. Saya menyalahkan takdir dan sang Pencipta. Hanya lepas puas memaki saja, baru saya rasa berdosa.

Ya, itu saya yang dulu. Saya bukan hamba yang baik. Jangan contohi saya.

Pengalaman banyak mengajar saya tentang hidup. Kisah-kisah lama yang tidak seberapa saya simpan dan ada masa saya kenang untuk bersihkan semula jiwa kecil yang kotor. Kalau diingatkan semula, pasti saya rasa kerdil sangat di sisi Tuhan.

Kamu tahu, kalau betul pun kamu solat cukup 5 waktu dan solat taubat siang malam sekalipun. Tapi, hakikatnya kamu tak tahu apa yang kamu buat dan untuk apa kamu lakukan itu. Jangan bising-bising nak suruh orang lain solat macam kamu. Soal solat itu antara hamba dengan Pemiliknya.

Jangan melebih bila berdakwah. Saya lebih suka orang yang sederhana. Jangan samakan orang lain dengan diri kita. Mereka adalah mereka dan kita adalah kita. Lain. Kalau solat cukup, tapi soal agama yang lain kamu failed. Maksudnya iman kamu belum sekuat mana.

Ada orang, dia solat cukup semuanya. Tapi, bila ada Tuhan beri dugaan sikit. Hidup dia kacau bilau. Tak habis-habis nak salahkan takdir. Saya tak tahu apa yang dia dapat masa dia bersujud dalam solat tuh. Setahu saya, bila kita bersolat kita serahkan diri kita sepenuhnya pada Tuhan.

Sepatutnya, lebih kuat kita solat. Logiknya, makin kuatlah juga iman kita. Makin tinggilah sifat sabar dalam diri kita ;(

Biarlah. Malas saya nak cakap pasal orang lain. Cerita hal sendiri lebih selamat. Kurang dosa sikit (Inipun dah banyak dosa ni)

Lately, saya rasa macam cool sangat-sangat. Saya rasa tenang. Saya macam orang baru dalam hidup saya. Saya macam sudah tahu menerima apa saja yang terjadi dalah hidup saya hari demi hari. Mula-mula saya confused. Saya sempat bertanya pada diri sendiri.

“Eh, kenapa aku macam tak ada perasaan nak marah ni?”

Agak lama saya bermonolog sendiri. Akhirnya, saya tahu. Al-Quran itu penyembuhnya. Yes, lama sangat sangat sangat sangat saya tak menyelak.Minta maaf, saya tahu ini statement bodoh yang akan buka pekung sendiri. Its ok, mahu mengumpat. Silakan. Saya izinkan. Dosanya zero.

Kita ni, kalau tak diberi masalah memang selalu alpa. Sekarang, saya tahu kenapa Tuhan beri saya bala tempoh hari. Itu namanya teguran. kuikuikui. Im glad, Al-Quran tu dah buat saya rasa tenang. Saya dah jadi manusia yang agak penyabar. Kalau sebelum ni, jangan main-main. ahaks!

Orang kutuk belakang, dan saya dapat tahu. Memang siap saya kutuk balik. Orang herdik saya, saya herdik balik sampai orang tu kalah. Bila duit saya hilang, saya mengamuk. Now, tak dah (bukan 100%, tapi ada bezanya lah). Saya senyum aja orang nak buat apa kat saya. Suka hati kau lah labu.

Seronok rupanya jadi sabar ye. wahahaha.

Tak sia-sia my mom beri nasihat setiap hari. Maaf, entry ni bukan mahu menunjuk. Saya cuma pacar yang hina. huwaa!!! Kalau sudi baca, bacalah dengan positif. Yang baik, ambil. Yang poyo macam berlagak (sebenarnya tidak pun), abaikan. thanks.

p/s: My mom kata, kalau malas kemas rumah tak apa. Jangan malas baca Al- Quran. Nanti buta hati. Hati saya dah lama buta dulu :(


** Copy this from http://www.lizarazak.com/2010/04/jadi-penyabar-tu-cool-ke/


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2009-2011 Syasya Nadzeri. All Right Reserved.