Blogger Backgrounds

April 10, 2012




Terkadang hati terasa sepi,
Walau diri sudah ada pengganti,
Mungkin ini semua kerana memori,
Yang takkan hilang melainkan mati.

Berbisik di hati mengapa semua ini terjadi,
Adakah kerana ikut kata hati,
Atau mungkin memang takdirku begini,
Yang sudah tertulis sejak azali.

Bukan harta yang aku cari,
Bukan cinta yang aku beli,
Untuk membahagiakan hati yang sunyi,
Di kala sedih menyelubungi.

Aku sendiri tidak mengerti,
Apa mahunya diriku ini,
Hanya perasaan yang mengerti,
Biarlah aku menanggungnya sendiri.


Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2009-2011 Syasya Nadzeri. All Right Reserved.