Blogger Backgrounds

November 12, 2011

Nasihat kepada hati



Nasihat kepada hati
Jika tidak sedia untuk disakiti
Hati-hati dalam memberi hati
Kepada insan yang tak punya hati.

Tidak semua insan berhak diberi hati
Cuma akal berfikir yang baik untuk diri
Adakah diri menerima caci dan maki
Jika hati tidak sehaluan lagi.

Berjanji pada hati supaya tak disakiti
Tetapi diri mungkiri janji
Hati ini rela disakiti
Dek kerana masih menyayangi.

Adakah diri punca segala benci
Atau hati yang sering mencemburui
Fikirlah hati mana hendak pergi
Jangan biarkannya memakan diri.

Kepada hati jagalah diri
Supaya kuat dengan dugaan yg ditempuhi
Jangan biarkan hati membakar diri
Kelak musnahlah semuanya nanti.

Tulus dari hati :)

1 comment:

Anonymous said...

hmmmm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2009-2011 Syasya Nadzeri. All Right Reserved.